Blogger Layouts

Selasa, 29 Mac 2011

SIAPKAN APA YANG PERLU....

sebenarnye rasa terpanggil untuk mengeluarkan entri ni....huhuhuuh itu pun setelah melihat dan membaca teguran / penulisan DISINI ermmmm....harap2 kepada sesiapa yang berasa ingin mengambil kucing or anjing angkat or arnab angkat.....or....tikus angkat....brape byk or daaaa.....dapatlah membuat sedikit persedian...

mengambil anak angkat ni bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh...
ia umpama kita telah bersedia menanggung suatu tugas yang baru...atau lebih tepat beban tambahan...
aptah lagi anak angkat ini adalah dari kalangan yang tidak pandai berkomunikasi secara langsung dengan kita...sebenarnya seronok bila kita menambah ahli kuage bru dari kalangan bulus ni...kecomelan dan kelatahnye selalu membuatkan kita tenang....dan lupa seketika masalah2 di luar rumah...

tapi sebelum kita mengambil anak angkat ini biarlah kita ada sedikit ilmu dan persiapan...

MENGAMBIL KITTEN (KURANG DARI 1 MINGGU)

KEPERLUAN UTAMA :
1. tempat yang mempunyai kawalan suhu yang baik (tak terlalu sejuk tak terlalu panas) seelok2nya kite sediakan beg yang boleh diisi air panas dan dilapik kain di atasnya....ini adalah perlu untuk manipulasi suhu badan si ibu yang sebenar kerana kitten pada usia ni kerap berada di celah2 perut ibu...

2. botol susu bermucung halus (getah -oren) ini penting untuk hadkan pengeluaran susu dari botol ke dalam mulut kitten.

3. susu tepung / susu kambing- ini adalah dari pengalaman SS sendiri...kebiasaannya kitten adalah tahan jika kita memberi susu kambing yang dibotolkan (cair). dia tidak akan cirit malah jumlah protein dalam susu kambing hampir menyamai susu ibu kucing yang sebenar. tidak digalakkan menggunakan susu tepung dari lembu, ini kerana jumlah kasein dalam susu lembu sangat tinggi dan terlalu berlemak, akan mnyebabkan kitten cirit birit dan maut. kitaran masa minum uk kitten pada usia ini adalah 3 jam.

4. tuala / tisu lembab / tisu bulat - ini penting untuk menggosok anus kitten...kerana kitten pada usia ni selalunya masih diuruskan oleh ibu untuk menolak keluar bahan kumuh dari dalam perut. urut perlahan2 dibawah perut dan salur kencing kitten...hingga ia mengeluarkan cecair dan najis. jika tidak buat perkara seperti ini, perut kitten akan kembung dan keras...dan boleh membawa maut.

KITTEN (1 BLN - 3 BLN)

pada usia ini, kitten sudah boleh di ajar, bagaimana menggunakan pasir tandas, bagaimana membuang air tanpa mengotorkan rumah, (TIDAK TERMASUK GAMBAR INI YER...BAGAIMANA MENYELONGKAR BEG TANGAN ANDA.....HUHUHU)

1. latih kitten mengenal apa itu litter box..seperti ni..

ramai bertanya bagaimana untuk melatih kitten supaya tidak membuang di merata2...dan tahu ke litter box mereka...ok cuba step2 ini...
1. letakkan litter box yang besar di mana tempat mereka selalu bermain. ini yang saya selalu lakukan kerana sifat kitten adalah malas mahu berjalan jauh2...or lebih tepat dh nak tlekuar baru nak cari toilet....huhuhu
so hanya kita yang tahu di mana lokasi febret mereka...seperti saya...pada mula2 saya letakkan di dalam bilik mainan...

2. letak di situ lebih dari 2 minggu..ini kerana, kitten akan buat perkara yang sama ulang2 kali...dalam kajian veterinar pernah menyebut kucing akan ingat peraturan yang dia harus lakukan seandainya ia telah mengulanginya selama lebih 3 kali...maka biarkan saja di situ lebih dari dua minggu...

3. kemudian cuba alihkan sedikit demi sedikit...jangan terus alihkan ke tempat lain...jarak yang sesuaui adalah dalam 30 cm sekali ubah...setiap hari ubah sedikit hingga ke lokasi yang kita hendaki...

4. insyaAllah...lama kelamaan ia pasti akan ingat dimana dia harus membuang poo n pee nye....ingat kucing adalah haiwan yang paling pembersih...kecuali semasa sakit kita yag harus membantunya...


KITTEN PADA USIA 3 BLN DAN KE ATAS



1. pada usia ini mereka sudah pandai berdikari...tidak mahu dibantu...kita boleh sediakan sedikit ruang untuk dijadikan tempat mereka bermain, tujuannya adalah untuk mengelakkan mereka dari memanjat segala rak2 yang berada di dalam rumah hingga menyebabkan barang2 kesayangan anda jatuh bertaburan...

2. jika anda berniat untuk mengambil anak angkat pada usia ini, anda haruslah pastikan kelengkapan asas dipenuhi contohnya ;
- bekas makanan
-bekas minuman
-litter tray
-pasir
-tempat tidur asas seperti kain atau bantal

3. selain itu anda juga perlu tahu asas kesihatan kucing, seperti suntikan vaksin dan sedikit ubat-ubatan.

JADI....SELAMAT MENGAMBIL ANAK2 ANGKAT KEPADA YANG BARU NAK MENCUBA MEMELIHARA ANAK2 BULUS INI....

8 ulasan:

  1. Info yg sangat menarik. Selain itu mesti sabar dan sanggup berkorban masa dan tenaga...kan, SS

    BalasPadam
  2. bagus info ni... cuba post kat wall KTAJ. nanti mudah members group KTAJ tau pasal penjagaan kitties.

    Anyway, dah baca update pasal mangsa-mangsa dehydration tu semua. Kesian. :(

    Harap yang mana yang survive tu dapat tuan yang penyayang.

    BalasPadam
  3. info yg berguna...TQ...tapi nk tanye la...bulu kucing ni bahaye ke x ek...sbb ade org ckap kalau ade baby, better jgn bela bulus...yeke... pas tu cmne nk buat bulu dy x gugur merata ek...

    BalasPadam
  4. kenapa kucing saya tak tido tempat yang disediakan..huhu atas meja makan jugak tmpt landing..or masuk dlm almari..ats tilam..

    BalasPadam
  5. nak share .....manusia bakar kucing hidup2..mmg kejam..

    http://airzone09.blogspot.com/2011/03/kejamkucing-di-bakar-hidup-hidup.html

    BalasPadam
  6. Bagus lah info ni. Saya pon nak buatlah untuk sesiapayang nak amik anjing angkat... hehehe

    BalasPadam
  7. gud entry kak ss....sgt2 educational......suker sgt :D

    BalasPadam

makasih sebab sudi komen...