Blogger Layouts

Rabu, 22 April 2009

Sulbi ku Dimana Dikau...?


Suria malu-malu

Saat aku buka jendela

Dan menebarkan pandangan

Seluas saujana ciptaan Tuhan

Nafasku yang terselit di hembusan rindu

Adalah fitrah pada segala makhluk

Ada mawar terselit indah

Yang merahnya adalah...Kembang hatiku.....”


Ya Allah,

campakkan fitrah cintaku,

pada seorang adam yang mencintai diriku kerana- MU,

yang hatinya mencintai diri-Mu dari diriku,

dan cintanya padaku hanyalah untuk mencari Redho-Mu’”Ya Allah,

berikan aku petunjuk,

pada sulbi siapakah yang telah kupinjamkan rusuknya.

Yang akan aku gunakan sebagai ketaatan seorang mujahidah disisi mujahidnya,

kelembutan seorang hawa pada adamnya dan kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya. Pelihara hatiku ini Ya Allah,

berikan ia pada seseorang yang dicipta terbaik buat diriku,

sebagai imam dalam solatku,

tongkat bagi hidupku,

mujahid bagi hatiku,

amir dalam usrohku,

ayah bagi anak-anakku,

dan murobbi penyambung warisan tercinta.”

"Ya Allah, biarlah dia seekor kumbang yang sopan memasuki taman larangan dengan izin tuannya menyunting mawar idaman untuk dijadikan teman”

”Ya Allah, aku pohon pada-MU kecintaan seorang manusia yang menjaga akhlaknya,

yang memelihara imannya dan istiqamah pada amalannya.

Aku pohon Ya Allah dialah yang berjuang di jalan-MU,

memegang bendera agama-MU dan menjadi tiang pada segala jihad-MU.”

”Ya ALLAH , jika dia ditakdirkan untukku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

tetapi andai dia bukan milikku,

maka jauhkanlah hatinya dari hatiku

dan gantilah dia dengan pilihanmu yang mungkin lebih baik daripadanya,

lebih menjaga perilakunya,

dan lebih mecintai-MU yang sesuai dengan diriku’


”AMIN.......YA RABBAL ALAMIN...”

Isnin, 20 April 2009

perempuan atau muslimah



Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu

Lantas,Dimana kedudukan kita?

Siapa kita..





   

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN..

Kelebihan Dan Kekurangan
Bergunung mana pun harta
bukanlah kaya namanya
jika miskin budi bahasa.
Melangit mana pun ilmu
bukanlah namanya bijaksana
jika tak diamal diguna.
Segagah mana pun diri
bukanlah namanya pahlawan
jika nafsu tidak dapat dilawan.
Sealim mana pun warak
bukanlah namanya ulama
jika takbur dan riak.
Secantik mana pun rupa nan ayu
bukanlah namanya ratu
jika buruk tingkah laku.
Setinggi mana pun darjatnya
bukanlah namanya mulia
jika tiada iman di dada.

BILA DIRI DIUJI..


Adakalanya hidupku umpama tiada arah tujuan.. hati dirundung kegelisahan.. akal menafsir tiada pedoman.. dada sesak tak berpenghujung.

 

Mungkin inilah saat waktu iman diuji.. tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri kembali padaNya.. air mata melimpah ruah..mengapa perlu diuji diri ini dengan keadaan seperti ini? Mengapa diri ini yang mengaku untuk sentiasa melaksanakan ketaatan padaNya boleh tersasar terjerumus pada jalan yang gelap..?? Hanya 1 jawapan..tepuk dada tanya iman.Muhasabahlah selagi masa masih ada.. agar kau tidak menyesal di hari akhir nanti.. Astaghfirullah..


"Ya Allah, Engkau telah menciptakanku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang disebut.
Engkau yang memberi kepadaku akan setiap perjalanan kehidupan dengan urusan yang mudah.
berupa pendengaran, penglihatan, hati dan kelebihan yang banyak.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku ke jalanMu dengan perantaraan Rasulullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.
Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa..
kemudian aku teringat dan bertaubat dengan kehendakMu dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Disinilah aku sujud dalam pengabdian padaMu dengan menangis dan menyesal dan memohon ampun kepada Tuhan yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon taubat dariMu.
Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan mereka yang berada disekelilingku.. jangan biarkan kami terus dihumban kecewa.. atas kesilapan dan kealpaan diri sendiri..

Ahad, 19 April 2009

Duhai Hati...


Duhai hati usah gentar meluah rasa, 

usah gundah menilai makna hati ini bukan milik sesiapa hati ini milik kita, 

duhai hati usah gentar menggendong cemuh,

 usah jemu menilai sabar perjuangan ini likunya kecewa..

 namun ini bukan lapis berputus asa...

 sesungguhnya perjuangan itu mmg pahit kerana balasan syurga itu terlalu manis 

jadikanlah Tuhan cinta agungnmu

DIMANA KEKUATAN ITU...


Kenapa manusia sering tanggap khilaf,
Pada hasrat telus dalam mengaharap,
Sebutir kebaikan dalam diri insan?

Terasa letih...
Dengan perjalanan,
Dengan kehidupan,
Namun semudah itu berlepasan?
Pasti tidak,
Kerana akhirnya permulaan,
Bertemu Ar-Rahman,
Tetapi,

Tidak ku tahu,

Apakah masih ada ruangan?
Masih ada secebis kekuatan?
Masihkah utuh ikatan atau terlerai sudah kenangan?
Terasa singkat sudah perkiraan,
Kekosongan cuma bekalan,
Bagaimana bisa berhadapan,
Pada ketentuan atas ketetapan?

 

BERJUANGLAH...

Berjuang menempah susah,menangung derita menongkah fitnah..
Itulah gelombang hidup samudera duka,seorang mujahid pembela tauhid..
Dipisah dia berkelana.
Dibelengu dia uzlah menangih bina,
Namun jiwa tetap mara menburu cinta 
Membara demi ALLAH dan Rasul-Nya..
Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita tiada henti..
Penat resah silih berganti,
Itulah sunah orang berjuang…..
Malamnya bagai rahib merintih sayu di hiris dosa air mata..
Siangnya bagaikan singa di rimba,
Memerah keringat mencurah tenaga.
Sudah sunah berjuang ke jalan ALLAH,..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis.
Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar,
Bukan sedikit pedih yang di tagih..
Berjuang ertinya tekorban..
Rela terhina kerna kebenaran..
Antara 2 jadi pilihan,dunia yang fana..
Atau syurga…………….