Blogger Layouts

Khamis, 25 November 2010

IZINKAN AKU MEMBANTU KAMU...

artikel ni aku dapat di klinik doktor Kaur masa bawak adek haritu, jadi izinkan aku membantu kamu mengenali...apakah si comel anda perlukan suntikan vaksin dengan segera.

dibawah ni adalah penyakit :
FELINE PANLEUKOPENIA (FPL)
Ia adalah disebabkan oleh virus yang mudah berjangkit dan mungkin membawa maut terutamanya kepada anak kucing.

tanda-tanda klinikal:
demam panas
muntah
cirit birit

akibat jangkitan:
perkembangan otak terbantut serta merta  dan maut

penyakit kedua :
FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR) 
adalah salah satu penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.

tanda-tanda klinikal:
kerap bersin
hidung dan mata sentiasa berair
batuk
konjunktivitis (radang pada mata seperti gambar di bawah)



penyakit ketiga :
FELINE CALICIVIRUS
penyebab penyakit sistem pernafasan. keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain seperti (FVR) dan bakteria.

tanda-tanda klinikal:
vesikal pada lidah
kerap bersin
hidung dan mata sentiasa berair
batuk



penyakit keempat :
CHLAMYDIA PSITTACI
sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan. keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain.

tanda-tanda klinikal:
konjunktivitis
mata dan hidung sentiasa berair

AWAS.....!!!
CHLAMYDIA adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan konjunktivitis dan demam berlarutan.



penyakit kelima:
FELINE GINGIVOSTOMATITIS
kebiasaannya akan menjangkiti kawasan sekitar mulut..
ia juga dikenali sebagai barah mulut


gambar atas :
mulut normal

gambar bawah :
mulut yang telah dijangkiti 



penyakit keenam:
FELINE LEUKIMIA (FeLV)
adalah disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan seluruh sistem imunisasi dan anemia serius pada kucing. satu per tiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh virus ini.

tanda-tanda klinikal:
pucat
berat badan susut mendadak
bulu keguguran ketara
masalah kulit yang kronik
cirit-birit
kanser
dan
MAUT....!!!


cara pengesanan FeLV
perhatikan kedua2 mata..
ade perbezaan atau tidak..(paling utama)


masalah kulit yang berlarutan


masalah yang kronik..


berlaku gelenjar atau ada bonjolan di bahagian perut



SEHUBUNGAN DENGAN ITU DIGALAKKAN SAUDARA DAN SAUDARI REFER KEPADA PAKAR VET YANG TERLATIH.

untuk ikut program vaksinasi seperti yang disyorkan :

vaksin permulaan
dos pertama - usia 6 minggu
dos kedua - usia 9 minggu
dos ketiga - usia 12 minggu

vaksin ulangan :
setiap tahun

SAYANGILAH SI CUMEL ANDA...

SEKIAN

5 ulasan:

  1. thanks for sharing.it's really good info

    BalasPadam
  2. wah info berguna.. tp kucing2 sy jauh di kampung. kat sini cuma ada hamster jer..

    BalasPadam
  3. ya Allah jauhkan lah penyakit2 ini dari si comel-comel semua, lindungilah mereka terutama mereka yg terbiar ya Allah..

    terima kasih SS kerana berkongsi info ini :)

    BalasPadam
  4. sama2...jgn lupe perhatikan anak2 kamu yer...
    MM tu laa...risau tul...adek dh kne suntikan pertama..huuhhu..tunggu umo 6 bln suntikan kedua..doktor ckp dia yg paling kne awasi..

    BalasPadam
  5. Mama, kami tak nak sakit..
    Mama, tolonglah ....jgn biar penyakit ini datang dekat kami...

    BalasPadam

makasih sebab sudi komen...