Blogger Layouts

Rabu, 2 Oktober 2013

MAMA SAYANG UYAI..UYAI SAYANG MAMA...

ASSALAMUALAIKUM..

KENALKAN INI UYAI..
BUDAK JANTAN YANG PEMALU DI RPSS NI...
GAMBAR NI DI AMBIL PADA AWAL SEPTEMBER..
NI DAH MASUK OKTOBER..
BERMAKNA LAWATAN KE KLINIK UNTUK BULAN KEDUA UYAI SUDAH TIBA... 

UYAI SAKIT APA...???
DI USIA YANG SANGAT MUDA..BARU MENGINJAK 1 TAHUN..
UYAI DAH DI SAHKAN MENGHIDAP SPORO..
DARI MANA DIA DAPAT...SUSAH NAK JAWAP...
SEBAB TAK PERNAH ADA KES SPORO DI KAWASAN PERUMAHAN / KAMPUNG INI..
INI SEMUA PEMBERIAN YANG ESA..
TUGAS KITA CUMA MENJAGA BAIK DARI KESIHATAN MAHUPUN KEBAJIKANNYA..
SELEBIHNYA BUAT APA YANG TERMAMPU.. 
UYAI BUDAK YANG SANGAT AKTIF..
YE LAH...USIA REMAJA..USIA UNTUK BERMAIN..
MUJURLAH DAPAT DIKESAN AWAL..
DENGAN PANTAUAN RAPI DARI PIHAK KLINIK..
USIANYA MAMPU MELANGKAH SEBULAN LAGI..

KADANG2 DIA BOSAN ASYIK TERKURUNG DALAM SANGKAR..
MENJERIT SELAGI MAHU..MINTAK DILEPASKAN..
SEBAB TAK TAHAN DUGAAN NAK BERMAIN DENGAN KAWAN2 YANG LAIN..
MAMA DN ALONG LEPASKAN JUGA..
TAPI DIBAWAH PEMANTAUAN..
TAKUT JUGA KALAU ADA YANG BERMAIN KASAR DENGAN DIA..
ATAU DIA TERKETUK KAWAN2 TERLEBIH SANGAT..


DALAM RUMAH UYAI DIBERI TILAM KHAS..MEMANG TAKDE SAPE PUN BOLEH DUDUK ATAS TILAM TU..



NI SEMUANYA GAMBAR MASA BULAN SEPTEMBER..
LUKA2 DITELINGA RASANYA SUDAH BERANSUR2 HILANG..
CUMA DI BAHAGIAN KAKI MASIH BANYAK..

HARAP BULAN OKTOBER NI AKAN BERI SATU LAGI KEPUTUSAN YANG MEMBERANSANGKAN..
TAK SABAR NAK BAWAK UYAI KE KLINIK HAIWAN KAMPAR..
HUJUNG MINGGU NI..

1 ulasan:

  1. moga uyai akan terus sembuh dan sihat semula, amin... :)

    BalasPadam

makasih sebab sudi komen...